Bersatu Tolak Ekstremis -Liow

Diterbitkan: Ahad, 6 Julai 2014 7:22 PM

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X, Azran Osman Rani hadir melancarkan penerbangan Airasia X dari Kuala Lumpur ke Xi'an di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Ahad. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru rakyat negara ini supaya bersatu dan menolak semua bentuk ekstremisme tanpa mengira kaum dan agama. 

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata mungkin ada kumpulan ekstremis yang mengambil peluang untuk menggugat kestabilan Malaysia yang kini melangkah ke arah menjadi negara yang lebih hebat.
 
"Malaysia bukan pangkalan bagi latihan militan, tidak ada tempat langsung bagi mereka. Kita adalah sebuah negara yang harmoni dan bersatu. Bersatu dan berjuang dan memastikan ekstremis ini ditentang," kata beliau ketika ditemui pemberita pada pelancaran Pameran Foto Penghargaan MH370 di sini, hari ini.

Pameran Foto itu dilancarkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Liow diminta mengulas dakwaan bahawa Malaysia menjadi pangkalan bagi latihan militan susulan lima rakyat Malaysia yang kini diburu polis untuk membantu siasatan berhubung dengan kegiatan militan.
 
"Oleh itu, amatlah penting untuk terus menjadi negara yang sederhana. Adalah penting untuk berhati-hati dan kita tidak boleh mengambil mudah perkara ini," kata beliau.
Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , tolak , ekstremis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan