Anggota Keluarga Masih Menaruh Harapan Orang Tersayang Pulang Ke Pangkuan Mereka

Diterbitkan: Ahad, 6 Julai 2014 9:16 PM

Sebahagian daripada ahli keluarga pesawat MH370 yang hilang selepas berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun hampir 121 hari sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, anggota keluarga masih menaruh harapan bagi kepulangan orang yang tersayang ke pangkuan mereka walaupun mengetahui penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi. 

Jacquita Gomes, isteri kepada penyelia penerbangan MH370, Patrick Gomes berkata harapan masih ada bahawa mereka berada di daratan untuk menjadikan peluang untuk mereka kembali lebih tinggi.

"Kami masih meneruskan kehidupan hari demi hari, kami hanya menjalani kehidupan buat masa ini, kami cuma tidak mahu ia berlalu dengan sepi, orang masih perlu ingat bahawa masih ada orang di luar sana," kata beliau ketika ditemui pada perasmian Pameran Foto Penghargaan MH370 oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, hari ini.


Sementara itu, beliau memuji Hishammuddin kerana meneruskan gerakan mencari dan menyelamat yang beliau sendiri akan memantau perkembangannya dari dekat.
 
"Ia satu kelegaan untuk beliau lihat sehingga akhir, jadi kita bergantung kepada mereka dan kita perlu menunggu mereka untuk melakukan semua itu dan mereka mula mencari lagi, sama ada mereka menjumpainya atau tidak, itu soal lain.
 
"Kita perlu bersikap sedikit realistik dan memastikan bahawa apabila mereka berkata pada Ogos mereka akan memulakannya sekali lagi, mereka memulakannya semula. Mereka berjanji mereka akan berbuat demikian ," kata beliau kepada pemberita.

Pesawat Boeing 777-200 yang dalam penerbangan ke Beijing bersama 239 orang hilang pada 8 Mac, sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. 

Dalam pada itu, Maira Elizabeth, anak kepada ketua pramugara Penerbangan MH370, Andrew Nari, yang juga menghadiri pameran foto menaruh harapan tinggi bahawa pihak-pihak berkaitan menunaikan janji dan berharap mereka dapat menemui pesawat tidak lama lagi. 
 
"Semua orang dalam pesawat sama ada mereka mati atau hidup, ia tidak penting tetapi yang penting ialah mereka kembali, katanya.

Pameran Foto Penghargaan MH370 ialah anjuran Kelab Koresponden Asing Malaysia, yang mempamerkan empat puluh foto sentimental yang dirakam oleh jurugambar tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan mengenai tragedi kehilangan MH370.

Pameran itu yang akan berlangsung hingga 21 Julai di Publika Mall yang mempamerkan hasil kerja jurugambar dari pelbagai pertubuhan berita termasuk The Associated Press, Reuters, The Sun, Xinhua, The Malaysian Insider dan China Press.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan