Penduduk Kampung Selamat Dan Bagan Jermal Tiada Simptom JE

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 6:02 PM

Lailanor Ibrahim
(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Pemeriksaan kesihatan terhadap penduduk Kampung Selamat di sini dan Bagan Jermal, Butterworth oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mendapati tiada penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai simptom virus Ensefalitis Jepun (JE).

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata, bagaimanapun pihaknya terus menjalankan langkah-langkah kawalan dan pengesanan kes secara aktif di dua kawasan berkenaan bagi memastikan tidak berlaku penularan virus itu.

"Sejak virus itu dikesan pada minggu lepas, pasukan kesihatan kita menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap penduduk kerana kita bimbang ada yang turut dijangkiti.

"Tetapi sehingga hari ini tiada yang dikesan mempunyai simptom virus JE dan saya menasihatkan orang ramai yang mempunyai simptom seperti demam, kejang, loya dan pening berlarutan supaya mendapatkan rawatan segera," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Sabtu.

Katanya, pihaknya bekerjsama rapat dengan Jabatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk melakukan pemantauan serta usaha pencegahan di kawasan terlibat.

Antaranya menjalankan pengabutan, memberikan pendidikan kesihatan kepada penduduk, mendapatkan sampel darah babi dan pemeriksaan di ladang babi, katanya.

Rabu lepas, Norain Nasuha Shukri berumur dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus JE selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lalu adalah positif.

Kes itu merupakan yang kedua selepas seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini, Muhammad Ammar Muqnish Zulkiffli, 12, turut disahkan dijangkiti virus yang sama dan kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Lepas, dekat sini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Veterinar negeri berkata pihaknya akan meneruskan siasatan penyakit dan mengumpul sampel darah dari ternakan lain di Kampung Selamat dalam tempoh masa terdekat.

"Sebelum ini kita telah ambil 181 sampel darah dari 20 ladang babi dan hasil ujian yang diumumkan semalam mendapati ia negatif JE, jadi Jabatan Veterinar akan mengambil sampel darah lain dari 69 lagi ladang babi di kawasan berkenaan. 

Tinjuan Bernama di Kampung Selamat mendapati penduduk kawasan berkenaan mahu ladang ternakan babi yang wujud lebih 20 tahun itu dipindahkan ke kawasan lain yang jauh dari kawasan penempatan orang ramai.

Seorang penduduk, Musyirah Mustafa, 32, berkata sudah tiba masa kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan menyediakan pelan untuk memindahkan kawasan ladang ternakan ke tempat yang lebih efisien dengan tidak mengganggu kawasan kejiranan penduduk.

"Selama ini memang penduduk terpaksa berdiam diri kerana tidak tahu menyalurkan pendapat kepada sesiapa hingga terpaksa menahan sahaja bau busuk yang datang dari sisa kumbahan yang dilepaskan secara sesuka hati oleh sesetengah penternak.

"Jadi saya menyarankan lebih baik ladang ternakan ini dipindahkan jauh dari kawasan tempat tinggal penduduk serta ditempatkan di kawasan lapang yang mempunyai saliran perparitan yang tersusun tanpa mengganggu orang lain," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan