Warga Indonesia Teruja Buang Undi Pemilu

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Warga Indonesia yang berada di negara ini tidak melepaskan peluang untuk membuang undi dalam pengundian awal pemilihan umum (Pemilu) Presiden Indonesia di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Tun Razak dan Sekolah Indonesia di Lorong Tun Ismail di sini pada Sabtu.

Proses Pengundian bermula pada 9 pagi dan berakhir pukul 5 petang.

Displaying DSC_2210.jpg

Seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Nadif, 38, berkata, dia dan rakan terkejut dengan kebanjiran warga Indonesia pada Pemilu kali ini berbanding yang lalu.

"Warga Indonesia mula prihatin terhadap negara dan mahu sesuatu yang baru.

Displaying DSC_2259.jpg

"Walaupun sudah lama di Malaysia tetapi saya mahukan sesuatu yang baru di tempat kelahiran di Gresik, Jawa Timur."  katanya yang berkerja di negara ini sejak 21 tahun lalu.

Displaying DSC_2271.jpg

Seorang pelajar, Willy Deslita pula teruja untuk mengundi buat pertama kali.

Dia dan rakannya iaitu Anggrela Veronica berharap Pemilu kali ini akan menjadikan Indonesia lebih maju dari segi ekonomi dan pembangunan.

Displaying DSC_2214.jpg

Displaying DSC_2387.jpg

Displaying DSC_2203.jpg

Displaying DSC_2215.jpg





Tags / Kata Kunci: Pemilu , Indonesia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan