Ramadan Insafkan Banduan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 1:55 PM

Kelihatan 50 banduan Penjara Alor Setar yang dipilih berpeluang berbuka puasa bersama ahli keluarga masing-masing pada Program Imarah Ramadan anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di Penjara Alor Setar pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: "Ramadan kali ini menginsafkan saya agar tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang," kata seorang banduan dari Penjara Alor Setar yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 32.

Dia adalah antara 50 banduan dari penjara tersebut yang diberi peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga mereka malam tadi pada Program Imarah Ramadan anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM).

Mohamad bersyukur kerana dapat berbuka puasa bersama ibunya selepas enam bulan merengkok dalam penjara atas kesalahan jenayah samun.

"Saya agak sedih apabila terpaksa menyambut Ramadan kali ini dalam penjara dan tidak bersama ibu dan tiga adik saya seperti sebelum ini," katanya.

Anak sulung ini yang pernah melakukan kegiatan samun sebanyak tiga kali berazam untuk menjadi insan yang lebih berguna apabila dibebaskan kali ini.

Seorang banduan wanita Mila, 28, berkata ini kali pertama dia dapat berjumpa bapanya selepas dua tahun menjalani hukuman.

Dia yang mempunyai dua orang anak berusia tiga dan 11 tahun berkata sebelum ini dia hanya mampu melihat tanpa dapat menyentuh wajah bapanya yang sentiasa melawatnya.

"Saya rasa gembira dapat bersemuka dengan ayah walaupun agak sedih tidak dapat bersama anak-anak saya," katanya yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mengedar dan memiliki dadah.

Ibu kepada seorang banduan, Zamfuza Saidin, 55, berkata ini kali pertama juga dia dapat bertemu dan berbuka puasa dengan anak lelakinya dan merasa gembira dapat makan semeja dengan anaknya.

Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata program tersebut diadakan pihaknya bersama Jabatan Penjara Malaysia untuk menyampaikan sumbangan makanan kepada anggota keluarga dan banduan.


Tags / Kata Kunci: Banduan , Ramadan , Penjara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan