mStar Online Perkenal Laman Web Khas Sempena Ramadan & Syawal - Berita Semasa | mStar

mStar Online Perkenal Laman Web Khas Sempena Ramadan & Syawal

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sempena kedatangan Ramadan dan Syawal, mStar Online menampilkan laman web khas dengan tagline - Sesuci Ramadan, Seindah Syawal, khusus untuk meraikan musim perayaan ini.

Dengan melayari www.mstar.com.my/ramadan pembaca berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat terkini menerusi beberapa ruangan yang disediakan sepanjang bulan mulia ini sehingga akhir Syawal. 




Bagi memeriahkan lagi suasana, pembaca mStar Ramadan akan dihidangkan dengan video pendek kegiatan personaliti tanahair, termasuk ada yang sedia berkongsi resipi kegemaran masing-masing, serta ucapan artis sempena sambutan Aidilfitri.

Tidak ketinggalan, pelbagai fesyen terkini yang menjadi pilihan ramai sempena sambutan setahun sekali ini juga dipaparkan.

Jadi, nantikan kemunculan ruangan ini tidak lama lagi.

Memahami kesibukan warga kota, segmen Jom Berbuka, mStar Ramadan kini sedia menemui pembaca dengan menampilkan lokasi bazar Ramadan serta peta supaya mudah dikunjungi.

Selain itu, ruangan sama juga mempersembahkan ulasan pelbagai menu menyelerakan yang ditawarkan hotel dan restoran menerusi pakej bufet sepanjang bulan puasa.

Ruangan Resipi pula memberi peluang kepada pembaca yang gemar memasak cuba menyediakan juadah itu untuk dinikmati ketika berbuka puasa bersama yang tersayang.

Bakal menyusul, pembaca juga berpeluang mengirim ucapan Aifilfitri dalam bentuk video untuk tatapan ramai bagi memeriahkan lagi dan tambah bermakna sambutan perayaan kali ini.

Juga, beberapa peraduan akan diadakan menerusi mStar Ramadan sebagai tanda penghargaan khusus buat pembaca setia mStar Online.


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan