Rasuah: Lapor Kepada SPRM Bukan Saluran Sosial

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Orang ramai diminta melapor terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mengetahui sebarang aktiviti rasuah dan bukan menyalurkannya di laman-laman sosial.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata ini bagi mengelakkan bahan bukti hilang ketika hendak disiasat selain maklumat yang diperoleh bukan maklumat asal sekali gus merosakkan sistem keadilan jenayah.

"Mungkin ramai yang tidak mahu laporkan kepada pihak berkuasa kerana takutkan ancaman tetapi kita mempunyai beberapa akta seperti Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 serta Akta Perlindungan Saksi 2009 untuk menjaga pemberi maklumat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Lawatan Sambil Belajar oleh 70 pelajar dan guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Harcroft, Puchong susulan Kempen Wira AntiRasuah di sini pada Sabtu.

Katanya mereka yang menyebarkan maklumat palsu mengenai rasuah juga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kanun Keseksaan.

Kempen itu mula diadakan di peringkat sekolah rendah sejak awal tahun ini untuk memberi pendedahan awal mengenai kegiatan rasuah dan sehingga hari ini empat buah sekolah telah mengambil bahagian. 


Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan