Ku Nan Bincang Dengan Soup Kitchen Cari Penyelesaian Bersama - PM

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 8:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengadakan perbincangan dengan pengendali 'Soup Kitchen' yang memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. 

Perbincangan itu bertujuan mencari penyelesaian bersama yang boleh diterima semua pihak, kata Najib menerusi tweet terkini beliau.

Katanya, kerajaan amat prihatin terhadap nasib golongan miskin dan gelandangan serta menghargai peranan yang dilaksanakan sukarelawan seperti pengendali Soup Kitchen ini.

Pada Khamis, Tengku Adnan berkata aktiviti Soup Kitchen tidak lagi dibenarkan beroperasi di sekitar 2km radius dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, langkah itu adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka mencemarkan imej bandar raya, terutamanya dari segi kebersihan.

Bagaimanapun, pengendali Soup Kitchen menyangkal dakwaan itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan