Ujian Darah Akan Dilakukan Terhadap Haiwan Lain - Ismail Sabri

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 9:12 PM

Ismail Sabri

Ismail Sabri.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melakukan ujian darah terhadap haiwan lain di Pulau Pinang selepas ujian Jabatan Veterinar terhadap babi di negeri itu didapati negatif dari penyakit Japanese Encephalitis (JE).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian juga kini mengambil tindakan proaktif dengan melakukan ujian darah terhadap babi dan haiwan lain secara rambang di seluruh negara bagi memastikan penyakit tersebut tidak merebak.

"Buat masa ini kementerian mengawal ketat kawasan di sekitar ladang babi di Kampung Selamat, Pulau Pinang dan babi tidak dibenarkan sama sekali dibawa keluar dari kawasan itu kecuali dengan kelulusan Jabatan Pertanian Pulau Pinang dan pihak berkuasa lain yang berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah di sini, Jumaat.

Kementerian Kesihatan turut mengambil tindakan dengan melakukan semburan bagi menghapuskan nyamuk yang turut disyaki sebagai punca pembawa penyakit JE di sekitar kawasan Kampung Selamat, katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menasihati penduduk di kawasan terbabit agar sentiasa berwaspada dengan mengambil perhatian terhadap kesihatan mereka dengan mendapat rawatan doktor sekiranya mereka mempunyai simptom dijangkiti penyakit JE.

Sampel darah babi diambil ekoran seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di Tasek Gelugor, Muhammad Ammar Muqrish Zulkiffli koma disyaki akibat dijangkiti virus JE baru-baru ini dan lebih sebulan dia dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru.

Mengenai mesyuarat bersama Abdul Fattah, Ismail Sabri berkata pihak kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan Angkasa dalam bidang peruncitan.

"Jumlah anggota Angkasa dan anggota Pertubuhan Peladang dan anggota Persatuan Nelayan di bawah kementerian sekiranya digabungkan berjumlah kira-kira sembilan juta, maka terdapat potensi mengaut keuntungan dengan kerjasama strategik.

"Umpamanya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) boleh membantu memasarkan produk keluaran koperasi yang menjadi anggota Angkasa," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, jawatankuasa bersama antara pegawai dari kementerian dan wakil Angkasa diwujudkan untuk membincangkan mengenai pelbagai jalinan kerjasama yang boleh dibuat pada masa depan.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan