Serangan Seksual: Kes Tuduhan Pertama Dalam Sejarah Mindef

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 8:11 PM

Mohd Zahidi Zainuddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes tuduhan jenayah membabitkan seorang bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand adalah pertama kali tercatat dalam sejarah Kementerian Pertahanan (Mindef) membabitkan anggotanya di luar negeri.

Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata ini, kerana kesemua anggota dan pegawai dalam badan keselamatan dan pertahanan negara itu dilatih pada tahap tertinggi dalam skop kerja masing-masing.

"Ini salah satu kes unik babitkan salah laku dan disiplin kerana dari sebelum diterima menjadi anggota hingga menjadi pegawai dan seterusnya, akan ada pelbagai kursus dan latihan yang perlu dituruti dan dilaksanakan.

"Dalam kursus dan latihan itu, mana-mana anggota dan pegawai akan dimaklumkan tindakan lanjut jika mereka gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab termasuk melanggar peraturan ditetapkan.

"Mereka ini dilatih pada kapasiti yang tinggi, bukan calang-calang kerana itu anggota pertahanan dikenali sebagai anggota badan beruniform paling berdisiplin di dunia," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Mohd Zahidi memberi pandangan peribadinya berhubung kes babitkan Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail yang dituduh melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol terhadap seorang wanita muda.

Muhammad Rizalman, 38, ditahan di New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan di mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan tersebut.

Pada Selasa lepas, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, dalam sidang media, berkata Muhammad Rizalman dan keluarganya telah dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei lepas dengan kebenaran pihak New Zealand.

Pada hari berikutnya, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar balik Muhammad Rizalman ke New Zealand untuk membantu siasatan.

Anggota tersebut akan diiringi seorang pegawai kanan tentera daripada Kementerian Pertahanan.

Malaysia menaruh keyakinan penuh terhadap sistem perundangan New Zealand dan mempunyai kepercayaan penuh bahawa tertuduh akan diberi layanan adil secara bermaruah seperti diperuntukkan di bawah undang-undang.

Mohd Zahidi turut berpendapat kes ini seharusnya diadili di mahkamah tentera kerana anggota tersebut bukan orang awam.

"Di negara mana-mana sekalipun, seseorang anggota tentera jika didapati ada tuduhan, mahkamah tentera akan menjadi pilihan malah mahkamah sivil menyerahkan tugas penghakiman kepada mereka," katanya.

Seorang lagi bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), yang tidak mahu dinamakan, berkata sepanjang perkhidmatannya, belum pernah wujud kes sedemikian dan menyifatkannya 'luar biasa' dan 'mengejutkan'.

"Sepanjang menjadi PAT dan melihat kepada sejarah bekas PAT lain dan terdahulu, kes seperti ini tidak pernah berlaku. (Oleh itu) Saya percaya kes ini mungkin boleh jadi rujukan jika berlaku lagi di masa depan dari segi tindakan segera, siasatan dan sebagainya," katanya.

Beliau turut percaya, Mindef mempunyai budi bicara dan tindakan dalaman tersendiri dalam mengendalikan kes terbabit berdasarkan peruntukan dan undang-undang mereka.

"Kebiasaannya akan siasat guna mahkamah tentera. Ia paling sesuai berbanding mahkamah biasa. Namun ini terpulang kepada kementerian. Pilihan di tangan mereka.

"Ada beberapa tindakan dalaman juga yang boleh digunakan, ini bergantung kepada kes. Kebiasaannya kes-kes disiplin kita gantung kerja, gaji, atau tamat perkhidmatan," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas tindakan apa bakal dikenakan kepada anggota tersebut jika didapati bersalah.

Ditanya mengenai hak yang sepatutnya diterima anggota tersebut, bekas PAT itu berkata, di dalam mana-mana kes, seharusnya seorang peguam baik daripada kerajaan New Zealand atau Malaysia telah dilantik sebaik siasatan kes dimulakan.

Beliau berkata, anggota tersebut masih lagi tidak bersalah selagi tidak dibuktikan dan di sini seharusnya peranan seorang peguam bermula.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan