Ku Nan Sangkal Kerajaan Zalim Terhadap Gelandangan, Pengemis

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 8:45 PM

tengku adnan

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan terhadap golongan gelandangan dan pengemis susulan langkah melarang orang ramai memberi makan dan menderma kepada mereka.

Menteri Wilayah Persekutuan itu sebaliknya berkata, kerajaan komited membantu golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'. 

"Usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara dan aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras," katanya dalam kenyataan di sini. 

Beliau berkata, kementerian berkenaan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenal pasti lokasi sesuai bagi penempatan golongan itu dengan menyediakan bangunan seperti konsep 'Anjung Singgah' yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Antara yang akan disediakan di premis itu ialah adalah makanan berkhasiat secara percuma dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan menyumbang makanan.

Kemudahan lain ialah tempat rehat, pusat rawatan kesihatan, pusat pendaftaran bersepadu untuk merekod maklumat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, kemudahan riadah, perkhidmatan dobi, khidmat kaunseling serta bantuan untuk mendapatkan pekerjaan sesuai. 

Tengku Adnan menarik perhatian bahawa masalah gelandangan selama ini menyumbang kepada masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pengunjung termasuk pelancong manakala pengemis kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan dan tepi jalan.

Selain kebersihan, mereka menyumbang kepada pelbagai masalah sosial, keselamatan selain menjejaskan imej Kuala Lumpur.

"Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," kata Tengku Adnan mengenai golongan gelandangan.

Jelasnya, masalah gelandangan menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu dan masalah timbul apabila mereka berebut kawasan sehingga mencetuskan pergaduhan.

Beliau turut berkata, kementerian dan DBKL akan mengenal pasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO yang aktif menyediakan makanan kepada golongan gelandangan dapat meneruskan aktiviti mereka.

Pemilihan lokasi akan mengambil kira akses yang mudah kepada golongan gelandangan dan ia juga akan mengurangkan masalah kekotoran. 

Tahun lepas, DBKL mengangkut 965 gelandangan, 125 daripada mereka pendatang asing. Bagi lima bulan pertama tahun ini, 117 gelandangan termasuk 21 pendatang asing telah diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan