Sampel Darah Babi Dari Kampung Selamat Negatif JE

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 5:54 PM

Seorang Pegawai Jabatan Veterinar, Dr Nabila Abdul Talib mengambil sampel darah khinzir di ladang ternakan babi di Kampung Selamat di Tasek Gelugor, Pulau Pinang untuk membuat pemeriksaan lanjut pada Selasa lalu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua 181 sampel darah dari 20 ladang babi di Kampung, Selamat, Pulau Pinang didapati negatif virus Ensefalitis Jepun (JE), kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

"Kita akan terus menyiasat dan memantau ladang-ladang babi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.  

Kesemua sampel darah itu diambil dari 20 ladang babi yang terletak dalam lingkungan satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selamat, Pulau Pinang selepas seorang muridnya disyaki dijangkiti wabak JE, baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: Ensefalitis Jepun , JE , SK Kampung Selamat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan