Siasat Lesen Gerenti Lulus, Warganegara Ekspres, Mesin Judi Haram

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 10:14 AM

Johan Jaaffar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penyiasatan terhadap isu lesen gerenti lulus, warganegara ekspres dan mesin judi haram yang didedahkan media. 

Pengerusi PPPR Tan Sri Johan Jaaffar berkata isu itu memerlukan perhatian dan tindakan segera pihak berwajib memandangkan ia boleh menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan kerajaan keseluruhannya.

Beliau berkata PPPR berpendapat terdapat kelemahan dan kelonggaran sistem yang memberi ruang pada kemungkinan rasuah.

"Panel juga berpendapat bahawa ketidakcekapan petugas selain penyelewengan amnanah juga menyebabkan hal ini berlaku," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Jumaat.

Johan berkata PPPR menggesa kajian semula sistem sedia ada dilakukan dan tindakan pembaikan dilakukan segera.

Isu mesin judi haram yang didedahkan akhbar berbahasa Melayu mendakwa kegiatan itu semakin berleluasa dengan hampir semua daerah mempunyai premis mesin judi dan dianggarkan jumlah premis judi haram di ibu kota mencecah 2,350 buah.

Sementara itu, laporan akhbar mengenai lesen kopi warganegara ekspres mendakwa kewujudan sindiket menjual sijil kelahiran, sijil kerakyatan, MyKad dan pasport negara ini kepada warga asing dengan bayaran antara RM5,000 hingga RM150,000.
Tags / Kata Kunci: PPPR , SPRM , Johan Jaaffar , siasat , rasuah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan