PM Umum 4 Program Tingkat Pertumbuhan PKS

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 4:35 PM

Najib pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan ke-16 di Bangunan Perdana Putra di sini, Jumaat. Turut hadir Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan empat program berimpak tinggi (HIP) di bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memacu kadar pertumbuhan PKS daripada 6.3 peratus kepada 9.3 peratus setahun.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keempat-empat HIP itu ialah mewujudkan tetingkap tunggal berkaitan integrasi pendaftaran dan permohonan lesen perniagaan, Program Pelaburan PKS, Program Going Export (GoEx) dan Program Pemangkin yang akan dilaksanakan secara berperingkat dalam beberapa tahun akan datang.

Beliau berkata, Pelan Induk PKS, yang bermula 2012, bermatlamat untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dari segi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), guna tenaga dan eksport mencapai sasaran 41 peratus pada 2020.

"Ini bererti bahawa untuk tahun-tahun akan datang, kadar pertumbuhan PKS perlu ditingkatkan daripada 6.3 peratus kepada 9.3 peratus setahun. Kalau PKS berkembang pada kadar biasa atau 'business as usual', kita tidak akan dapat mencapai sasaran itu.

"Oleh itu, Majlis (Pembanguann PKS Kebangsaan) menetapkan beberapa langkah positif yang perlu lakukan segera bagi meningkatkan kadar pertumbuhan PKS melalui inovasi, produktiviti dan peningatan tahap pengetahuan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Ke-16 di sini, Jumaat.

Mesyuarat yang diadakan dua kali setahun itu dihadiri oleh Menteri dan Ketua Agensi daripada 16 Kementerian/Agensi termasuk dari Sabah dan Sarawak yang terlibat dalam program pembanguan PKS di negara ini.

Najib berkata, usaha mewujudkan tetingkap tunggal membolehkan PKS membuat pendaftaran dan permohonan lesen untuk pelbagai aktiviti perniagaan dan juga meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan dan mengurangkan kos urus niaga.

Bagi Program Pelaburan PKS, beliau berkata ia melibatkan penyediaan dana dan juga mengalak swasta untuk menyumbang dan menyediakan dana untuk PKS.

Beliau berkata, di bawah Program GoEx, kerajaan akan mengalakkan eksport bagi melonjakkan penyertaan PKS di pasaran antarabangsa.

"Di bawah Program Pemangkin, kita akan mengenal pasti beberapa buah PKS setiap tahun dan kita akan bantu serta memberi galakkan untuk menjadikan mereka ini sebagai home-grown champion dengan kriteria syarikat PKS perlu mencapai peningatan jualan tahunan 20 peratus minimum," katanya.

Beliau menambah bahawa HIP ini akan diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan SME Corp.

Sementara itu, Najib berkata tiga kerjasama strategik berkaitan produktiviti dan inovasi akan diadakan untuk memperkukuhkan kadar pertumbuhan PKS termasuk kerjasama SME Corp dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) serta kerjasama universiti dan indudstri PKS.

Selain itu, beliau berkata, kerjasama Fraunhofer Institute Germany dengan SIRIM Berhad serta Steinbeis Institute dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

"Dengan kerjasama strategik ini, penguasaha PKS boleh mendapatkan bantuan untuk pengkomersilan proudk dan perkhidmatan PKS ," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, Malaysia sedia memperkukuhkan agenda PKS di Asean sebagai usaha untuk memajukan Asean sebagai komuniti ekonomik Asean dan mencapai 'pasaran tunggal, platform tunggal'.

Beliau berkata PKS merangkumi 95 hingga 99 peratus daripada jumlah syarikat dan pertubuhan perniagaan di rantau ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Malaysia yang bakal menjadi pengerusi Persidangan Asean pada tahun depan akan menganjurkan satu Pameran PKS.

"Sehubungan itu, peranan PKS penting dan kita perlu membangunkan Asean sebagai sebagai komuniti ekonomi untuk mencapai pasaran tunggal dan asas pengeluaran tunggal. Kita perlu memastikan PKS diintegrasikan.

"Asean berdiri dengan sendiri, kita tidak akan memiliki kekuatan tetapi secara kolektifnya kita mempunyai penduduk 620 juta dan KDNK sebanyak US$2.3 trilion, yang bermakna kita mempunyai kelebihan dari segi saiz untuk menggerakkan Asean ke arah pasaran tunggal," katanya.

Sementara itu, Najib berkata Malaysia hanya akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sekiranya ia mengikut 'terma kita'.

"Kita akan meneruskan (rundingan) atas dasar berkenaan dan ia akan menjadi rundingan yang sukar tetapi kita akan melakukan yang terbaik," kata beliau semasa diminta mengulas mengenai laporan bahawa kelembapan ekonomi di China akan menambah tekanan kepada Malaysia dalam rundingan TPPA.



 




Tags / Kata Kunci: HIP , PKS , KDNK

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan