'Tarikan Maut' Kaedah Bunuh Nyamuk

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 9:20 AM

Aning Dayak, 60, membakar lingkaran nyamuk khas di Kampung Dusun Kubur, Jelebu, Negeri Sembilan.

(Ubah saiz teks)

JELEBU: 'Tarikan maut' berjaya mengurangkan kehadiran dan gigitan nyamuk di Kampung Dusun Kubur, sebuah perkampungan orang asli di sini.

Tidak seperti ubat nyamuk biasa yang digunakan untuk menghalau nyamuk, saintis Universiti Malaya mencipta satu lingkaran unik yang mampu menarik nyamuk dan kemudiannya membunuh sekali gus mengurangkan populasi haiwan tersebut.

Universiti tersebut mencuba lingkaran inovatif ini di perkampungan itu dan penduduk yang mencubanya sejak beberapa bulan lalu, menyifatkan ia sebagai berkesan.

"Kini, kami boleh duduk di rumah pada waktu petang dan malam tanpa digigit oleh nyamuk," kata ketua kampung suku kaum Temuan itu, Tok Batin Kalimoi, 70.

Salah seorang penduduk kampung, Imuk Apat, 58 berkata;' Saya sering digigit nyamuk tetapi kini tiada lagi sama ada ketika saya sedang mandi di sungai yang terletak di belakang rumah saya pada waktu petang.'

Katanya, walaupun dalam keadaan hujan dan berangin, lingkaran inovatif itu masih utuh.

Lingkaran inovatif itu dicampur dengan attracticidal berasaskan tumbuhan semi kimia atau sebatian pheromone seperti (dipercayai mempunyai ciri-ciri yang sama dengan peluh manusia) untuk menarik nyamuk supaya keluar dari kawasan pembiakan haiwan itu.

Ia kemudiannya mengeluarkan racun serangga yang bertindak membunuh nyamuk.

Dalam satu majlis ringkas Jumaat lalu, penduduk Kampung Dusun Kubur menerima bekalan lingkaran inovatif itu selama setahun yang disampaikan Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan Inovasi Universiti Malaya, Prof Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Setiap 50 isi rumah (yang terdiri daripada lebih 300 penduduk) turut menerima dua unit pasu seramik khas dan pemegang ubat nyamuk.

Dr Awang berkata, penduduk kampung perlu membakar lingkaran ubat nyamuk itu selama 12 jam pada waktu senja dan diletakkan di dalam pasu seramik bersama pemegang untuk digunakan di luar rumah dengan selamat.

Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan penduduk kampung terlibat dalam pembuatan pemegang lingkaran tersebut.

Dr Awang berkata, projek itu adalah sebahagian daripada program pemindahan teknologi kawalan nyamuk di bawah Kementerian Pelajaran.

Katanya, perkampungan itu dipilih kerana ia dekat dengan Pusat Bioteknologi Pendidikan universiti tersebut.

Ketua projek itu yang juga ahli sains dan pakar virus, Prof Sazaly Abu Bakar yang menjalankan kajiannya selama lima tahun berkata, penggunaan lingkaran itu akan mengurangkan populasi nyamuk di kawasan berhampiran.
Tags / Kata Kunci: lingkaran inovatif , nyamuk

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan