Sabariah, Mohd Arif Dilantik Sebagai KSU

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 3:03 PM

Sabariah Hassan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) kementerian iaitu Datuk Sabariah Hassan dan Datuk Mohd Arif Ab Rahman dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) berkuat kuasa Isnin ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata KSU Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur pula dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Noorul Ainur, 56, menggantikan Datuk Dr Rosli Mohamed yang memulakan cuti sebelum bersara pilihan, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Beliau berkata Sabariah, yang merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM dilantik sebagai KSU baharu kementerian berkenaan.

Sabariah, 57, lulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Pengurusan Kesihatan dari University of Birmingham, United Kingdom, menggantikan Noorul Ainur.

Sementara Mohd Arif, 57, Timbalan TKSU (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilantik sebagai KSU kementerian itu menggantikan Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang memulakan cuti sebelum bersara pilihan.

"Saya berkeyakinan penuh bahawa ketiga-tiga pegawai yang dilantik ini akan berupaya berkhidmat di organisasi masing-masing untuk menjana perspektif, pendekatan dan inisiatif baharu yang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi.

"Selain itu dapat menyemai budaya kecemerlangan dalam kalangan warga agensi masing-masing, terutama dalam membantu menjayakan wawasan dan aspirasi negara," katanya.

Ali berkata Noorul Ainur berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dari Universiti New York, Amerika Syarikat dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun, bermula sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 12 Jan 1988.

Noorul Ainur yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran, pengurusan serta kewangan, pernah berkhidmat sebagai Penasihat Kanan I di Ibu Pejabat Bank Dunia di Washington, Amerika Syarikat, dan sebelum itu sebagai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan.

Sementara Sabariah pula telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 33 tahun bermula sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981, dan pernah bertugas di beberapa kementerian termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.

Mohd Arif pula yang berkelulusan sarjana muda dalam bidang sastera dari Universiti Malaya menyertai perkhidmatan awam lebih 33 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981.

Mohd Arif Ab Rahman.


"Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan, pembangunan serta pengurusan di peringkat kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan," kata Ali.

Mohd Arif pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah Sepang, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan TKSU (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tags / Kata Kunci: Sabariah Hassan , Mohd Arif Ab Rahman , KSU

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan