China Nafi Larang Umat Islam Di Xinjiang Berpuasa

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Duta China di Malaysia Dr Huang Huikang menafikan laporan media asing pada Rabu kononnya umat Islam di wilayah Xinjiang di China dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadan. 

"Saya tidak fikir berita itu benar. Media China mana yang melaporkan berita ini? Ini bukan media China, betul?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Meja Bulat Korporat Malaysia anjuran Istitut Kepimpinan dan Strategi Asia di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kementerian berkaitan di China akan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Media asing melaporkan pada Rabu beberapa jabatan kerajaan di Xinjiang melarang petugas beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan.

Media terbabit menyiarkan arahan yang didakwa daripada jabatan kerajaan di China melarang anggota Parti Komunis yang memerintah, guru dan golongan muda daripada berpuasa atau menyertai aktiviti keagamaan dalam bulan Ramadan.

Sebahagian besar wilayah Xinjiang dihuni kaum minoriti Uighur yang beragama Islam. 

Selama bertahun-tahun parti Komunis China yang memerintah melarang umat Islam di wilayah itu daripada berpuasa, dan seringkali berakhir dengan pertempuran antara kaum minoriti Uighur dan anggota pasukan keselamatan yang membawa kepada kematian.

Tags / Kata Kunci: Xinjiang , China , puasa , Ramadan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan