Yammy Samat Tidak Akan Jawab Surat Tunjuk Sebab

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 1:00 AM

Yammy Samat.

(Ubah saiz teks)

Eksklusif

EKSKLUSIF PETALING JAYA: Yammy Samat mengambil keputusan untuk tidak menjawab surat tunjuk sebab berhubung dakwaan beliau berkempen untuk anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

Beliau berkata, ia adalah keputusan muktamad yang dibuat, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk Dyana.

Menjelaskan lagi, katanya, cara Umno yang hanya menyerahkan salinan surat berkenaan untuk mendapatkan penjelasannya turut mempengaruhi keputusan itu.

“Saya sudah ambil keputusan untuk tidak jawab surat itu selepas berfikir panjang. Keputusan saya ini adalah muktamad.

"Terserah kepada Umno untuk membuat keputusan selepas ini sama ada mahu memecat saya daripada parti atau apa sahaja tindakan mereka,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Yammy Samat pada 23 Jun lalu akhirnya menerima surat tunjuk sebab daripada Umno selepas 20 hari daripada tarikh surat pertama yang dihantar pada 3 Jun tetapi tidak diterimanya.

Ia adalah surat ketiga yang dihantar oleh Umno selepas surat pertama dipulangkan semula oleh Pos Malaysia kerana terdapat kesalahan alamat, manakala surat kedua yang dikatakan telah dihantar pada 16 Jun lalu turut gagal sampai ke tangannya.

Yammy mengulangi pendiriannya bahawa beliau akan mengambil keputusan untuk berehat daripada pembabitannya dalam politik sekiranya dipecat daripada Umno.

“Saya juga tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik lain. Biarlah saya berehat, saya sudah lama menyertai politik bersama Umno sejak 1974.

“Apapun, sebagai ibu... saya terus akan menemani Dyana sehinggalah dia berkahwin nanti. Bagi saya, keluarga perlu diutamakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kepada semua ahli Umno supaya membuat pertimbangan sewajarnya sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga dari parti politik berbeza.

“Jika anda mempunyai ahli keluarga dari parti berlainan, diharap berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sebelum terlibat bersama mereka.

"Jangan jadi macam saya, yang hanya menemani Dyana sebagai anak tanpa memberi sokongan kepada parti lain atau memburuk-burukkan parti saya tetapi diberi surat tunjuk sebab,” katanya.

Mengenai Dyana, Yammy berkata: “Nasihat saya supaya Dyana meneruskan perjuangan.”

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan