Warga Indonesia Tinggal Di Malaysia Buang Undi Hujung Minggu Ini

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 10:20 PM

Sebahagian daripada warga Indonesia menunggu giliran untuk mengundi di Ibu Pejabat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, pada Pilihan Raya Umum Indonesia 2009. -Gambar fail

(Ubah saiz teks)

WARGA Indonesia yang tinggal di Malaysia akan membuang undi untuk memilih presiden negara itu pada hujung minggu ini.

Dua lokasi mengundi ditetapkan di ibu negara, iaitu Kedutaan Besar Indonesia dan Sekolah Indonesia Kuala Lumpur, manakala proses sama akan diadakan di Pulau Pinang pada Ahad ini.

Rakyat negara jiran itu boleh menunaikan tanggungjawab mereka bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Di JAKARTA, Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia menetapkan proses pembuangan undi untuk memilih presiden negara itu di luar negara bermula Jumaat di 130 lokasi di seluruh dunia. 

Pesuruhjaya suruhanjaya itu, Ferry Kurnia Rizkiyansah berkata, jadual pengundian di luar negara disesuaikan dengan hari cuti hujung minggu di lokasi terbabit. 

Katanya, hanya proses pemilihan secara langsung mula diadakan Jumaat, manakala pemilihan melalui pos sudah dimulakan minggu lalu.

Berikut ialah jadual pemilihan presiden untuk pengundi di luar Indonesia:


Jumaat (4 Julai 2014): Abu Dhabi, Addis Ababa, Algiers, Amman, Dhaka, Doha, Dubai, Havana, Jeddah, Khartoum, Kuwait, Kiev, Manama, Maputo, Moskwa, Muscat, Riyadh, Sana'a dan Teheran.

Sabtu (5 Julai 2014): Abuja, Ankara, Antananarivo, Astana, Baghdad, Baku, Bangkok, Beograd, Berlin, Bern, Bogota, Bratislava, Brussels, Bucharest, Budapest, Buenos Aires, Canbera, Cape Town, Caracas, Colombo, Dakar, Darwin, Davao City, Den Haag, Dili, Frankfurt, Hamburg, Helsinki, Houston, Istanbul, Johar Bahru, Kabul, Kaherah, Karachi, Kopenhagen, Kuala Lumpur, Lima, London dan Los Angeles.
Pusat pengundian turut dibuka di Melbourne, Mumbai, Nairobi, New Delhi, New York, Oslo, Ottawa, Panama City, Paramaribo, Praha, Pretoria, Rabat, Riyadh, San Fransisco, Santiago, Sarajevo, Sofia, Songkhla, Stockholm, Suva, Sydney, Tashkent, Toronto, Tripoli, Tunis, Vancouver, Vanimo, Vientienne, Warsaw, Washington DC, Wellington, Vienna, Windhoek dan Zagreb.

Ahad (6 Julai 2014):  Athens, Beijing, Beirut, Brasilia, Bandar Seri Begawan, Chicago, Damsyik, Dar Es Salam, Guangzhou, Hanoi, Harare, Ho Chi Minh, Hongkong, Islamabad, Kota Kinabalu, Kuching, Lisabon, Madrid, Manila, Marseille, Mexico City, Noumea, Osaka, Paris, Pulau Pinang, Perth, Phnom Penh, Port Moresby, Pyong Yang, Quito, Roma, Seoul, Shanghai, Singapura, Taiwan, Tokyo, Vatican dan Yangon.
Pengiraan undi akan diadakan pada 9 Julai ini.
Tags / Kata Kunci: pilihan raya Indonesia

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan