Tiada Kerosakan Kabel Elektrik Susulan Tanah Mendap

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kerosakan dialami kabel elektrik bawah tanah di Jalan Imbi di sini susulan kejadian tanah mendap di kawasan itu, pada Rabu.

Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata bekalan elektrik di sekitar kawasan kejadian juga tidak terjejas.

"Sekiranya perlu, TNB akan mengambil tindakan sewajarnya demi keutuhan sistem dan menjaga kepentingan pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Beliau berkata pasukan teknikal TNB digerak ke lokasi kejadian untuk berdepan sebarang kemungkinan.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam, sebahagian struktur terowong sepanjang 35 meter yang dalam pembinaan bagi mewujudkan empat laluan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, runtuh sedalam lima meter berikutan mendapan tanah.
Tags / Kata Kunci: kabel elektrik , Jalan Imbi , tanah mendap

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan