Tanah Mendap: Kontraktor Dikenakan Tindakan Jika Cuai

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan sedang meneliti sama ada terdapat kecuaian pihak kontraktor yang menyebabkan kejadian tanah mendap di Jalan Imbi, di pusat bandar Kuala Lumpur pada Rabu.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kontraktor terlibat bakal dikenakan tindakan sekiranya terbukti berlaku kecuaian.

"Tanah mendap itu disebabkan kebocoran paip SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) sehingga berlaku mendapan tanah, barangkali kecuaian kontraktor. Jika disebabkan kecuaian kontraktor, kami akan ambil tindakan. Siasatan sedang dilakukan," katanya.

Tengku Adnan berkata demikian ketika mengulas kejadian tanah mendap di kawasan terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi selepas Majlis Pelantikan Anggota Jawatankuasa Badan Penasihat Rumah Ibadat Bukan Islam Wilayah Persekutuan di sini, Khamis.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam, sebahagian struktur terowong sepanjang 35 meter itu yang dalam pembinaan bagi mewujudkan empat laluan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, runtuh sedalam lima meter berikutan mendapan tanah.

Tengku Adnan berkata kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan untuk menstabil semula kawasan itu selain menjalankan pemeriksaan terhadap trek Monorel yang terjejas.

"Kami harap perkara ini akan selesai dalam dua minggu," katanya.

Beliau juga meminta mana-mana kontraktor yang melakukan kerja-kerja di bawah tanah agar lebih berhati-hati dan membuat kajian terperinci terlebih dahulu dalam melaksanakan tugas mereka. 


Tags / Kata Kunci: Jalan Imbi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan