Diplomat Malaysia Akan Ditahan Semasa Ketibaan - Polis NZ

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 6:08 PM

Muhammad Rizalman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Diplomat Malaysia, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah yang terdekat apabila dia tiba di New Zealand, menurut polis Wellington.

Komander polis daerah Wellington Superintendan Sam Hoyle, dalam satu kenyataan pada Khamis berkata "apabila seseorang dengan satu waran tangkap tiba di New Zealand, mereka akan bertemu pihak polis di sempadan, ditangkap dan dibawa ke mahkamah yang berhampiran.

"Mahkamah boleh menahan reman, melepaskan mereka atau membebaskan mereka dengan ikat jamin, dengan atau tanpa syarat. Pada masa ini, tarikh perbicaraan yang berikutnya juga akan ditetapkan."

Polis New Zealand kini mengadakan kerjasama erat dengan Kementerian Luar Negeri mengenai proses undang-undang dan butiran logistik setibanya Rizalman ke New Zealand.

"Oleh kerana perkara ini akan dibawa mahkamah, tidak sesuai bagi polis untuk membuat sebarang komen tentang perkara ini," kata Hoyle.

"Kami juga akan menggalakkan pengulas lain yang berkaitan supaya berhati-hati dengan kemungkinan implikasi tindakan mereka dalam proses undang-undang," katanya.

Hoyle menyifatkan kes itu sebagai "undang-undang keadaan unik dan kompleks"  dan memerlukan perancangan yang teliti.

"Polis akan terus memberi sokongan terhadap mangsa dan  sehingga kini sering memberitahunya tentang perkembangan terkini," kata Hoyle, sambil menambah tiada tarikh ditetapkan untuk Rizalman kembali.

The Star difahamkan bahawa persediaan sedang dibuat untuk menerbangkannya ke Wellington, sebaik sahaja penilaian psikiatri terhadapnya selesai dilakukan.

Penilaian ini dijalankan di Hospital Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Dia boleh dihantar balik seawal Jumaat," menurut sumber, Khamis.

Sumber itu berkata Rizalman masih mendapat kekebalan diplomatik dan dihantar kembali untuk membantu dalam siasatan.

Pada Rabu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Rizalman akan dihantar kembali ke New Zealand untuk membantu pihak berkuasa menyiasat dakwaan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk melakukan rogol terhadapnya.

Tags / Kata Kunci: Rizalman , polis Wellington

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan