Amalan Bertukar Juadah Berbuka Puasa Wajar Dikekalkan

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 12:30 AM

Amalan bertukar juadah pada bulan Ramadan boleh mengeratkan hubungan sesama jiran.

(Ubah saiz teks)

WAKTU kecil dahulu kebanyakan kita pasti merasai pengalaman disuruh ibu atau bapa untuk menghantar juadah berbuka puasa ke rumah jiran.

Ketika itu juga bekas diisi juadah itu dipulangkan semula tetapi tidak dibiarkan kosong, sebaliknya diganti dengan makanan lain sebagai tanda 'balas' daripada jiran yang bermurah hati.


Tidak dinafikan amalan bertukar-tukar juadah berbuka puasa merupakan tradisi suatu masa dahulu.

Senario hari ini mungkin agak berbeza apabila bazar dan bufet Ramadan memeriahkan bulan puasa yang mana sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada masyarakat untuk mengamalkannya.

Suri rumah, Roosni Saad, 61, yang berkongsi pengalamannya berkata, beliau sering memasak di rumah untuk juadah berbuka puasa dan akan diberikan sedikit kepada jiran.

"Biasanya lepas memasak, akan saya bekalkan dan akan hubungi jiran terlebih dahulu sebelum ke rumah mereka.

"Kadang-kadang saya ada meminta anak-anak untuk menyerahkan kepada jiran sekiranya saya masih sibuk di dapur," katanya.

Menurut Roosni, amalan bertukar-tukar juadah berbuka puasa masih diamalkan sehingga kini, namun caranya mungkin sedikit berbeza.

"Sekarang pun masih bertukar juadah tetapi kebanyakannya dibeli di bazar Ramadan. Masak atau beli bukan isunya tetapi niat kita untuk memberikan kepada jiran," katanya.


Keluarga dapat menikmati lebih banyak hidangan berbuka jika bertukar juadah.

Penjawat awam, Jasimah Mohamed, 56, pula menyifatkan amalan bertukar-tukar juadah berbuka puasa sebagai satu sedekah, di samping membantu jiran antara satu sama lain.

"Kalau ada lima jiran, lima lauklah dapat. Kadang-kadang akan masak satu atau dua lauk sahaja sebab nanti akan bertukar-tukar juadah.

"Bukan saja ada variasi makanan untuk berbuka puasa, tetapi dapat berkongsi makanan bersama-sama. Ada yang kita dapat lauk dan dapat kuih sahaja, tetapi itulah pilihan yang lebih menarik untuk berbuka puasa," katanya.

Bagi pengurus sumber manusia, Abdul Mutalib Ariff, 29, beliau melihat amalan bertukar juadah berbuka puasa masih relevan, tetapi sukar dilakukan di bandar ekoran kesibukan masing-masing.

"Di bandar agak sukar untuk diamalkan sebab masing-masing buat hal sendiri. Kalau di kampung, masih ada yang buat.

"Contohnya, di kampung saya di Bidor, Perak dan Pontian Kechil, Johor masih ada amalan bertukar-tukar juadah berbuka puasa yang sememangnya begitu dinanti-nantikan menjelang Ramadan," katanya.

Graduan universiti, Fatin Atilah Ed Osmaidi, 25, mengharapkan supaya amalan itu dikekalkan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Bagaimanapun, katanya, budaya lebih gemar untuk berbuka puasa di luar, berbanding di rumah menyebabkan amalan itu terhakis.

"Ada juga yang suka beli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan. Tetapi alangkah baik jika berkunjung ke rumah jiran untuk berkongsi sedikit apa yang dibeli.

"Amalan berpuasa kita bukan sahaja, diberkati malah kita turut disenangi di kalangan jiran," tambah Fatin.

Tags / Kata Kunci: balas juadah , Ramadan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan