Polis Buru Baki Suspek Bunuh TKP Kastam

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 4:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan gerakan memburu beberapa lagi individu yang terbabit dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim pada 26 April tahun lepas.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mendedahkan perincian kes kerana tidak mahu menjejaskan operasi susulan.

"Saya tidak melaporkan perkara ini terlebih dahulu kerana tindakan follow-up sedang berjalan.

"Saya tahu ada akhbar sudah mainkan padahal saya sudah mohon jangan siarkan kerana takut menggagalkan proses akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil Proctor Malaysian Integriti Test di Bukit Aman, di sini, Khamis.

Sebuah akhbar hari ini yang memetik sumber polis melaporkan suspek utama kes pembunuhan Shaharuddin telah ditahan di sebuah rumah di Ampang kira-kira pukul 5 pagi Rabu.

Menurut laporan itu polis turut menahan tiga lagi rakan suspek dalam serbuan di Batu Caves dan keempat-empat mereka dibawa ke mahkamah di Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman.

Dalam kejadian 8.15 pagi 26 April tahun lalu, Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil ke tempat kerja.

Allahyarham yang duduk di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) itu ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal, ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.


Tags / Kata Kunci: Polis

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan