PDRM Tubuh Pasukan Khas Banteras Judi Haram

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 9:23 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan khas atau elit untuk membanteras kegiatan judi haram di semua peringkat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dengan penubuhan pasukan berkenaan, ia dapat memerangi kegiatan judi haram dan melakukan lebih banyak tangkapan di semua peringkat.

"Sejak akta pencegahan jenayah diwartakan pada 1 April tahun ini, hasilnya tujuh orang penganjur yang terbabit dalam kegiatan judi haram telah ditangkap di bawah akta itu. Untuk banteras kegiatan mesin judi ini, Op Dadu diteruskan bukan sahaja di peringkat IPD (ibu pejabat polis daerah) malah di balai-balai," katanya kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak di sini Khamis.

Berhubung dakwaan Persatuan Pengguna Islam bahawa pusat perjudian haram tetap beroperasi semula walaupun ia kerap diserbu pihak berkuasa, Ahmad Zahid berkata ada kebenaran berhubung dakwaan itu kerana ketika serbuan dilakukan penganjur telah menukar kod komputer, oleh itu tiada bukti menyatakan bahawa kegiatan itu adalah aktiviti perjudian dan mereka beroperasi semula pada keesokannya.

Beliau berkata pihaknya masih tidak berpuas hati dengan serbuan, tangkapan dan tindakan undang-undang yang dilakukan dalam memerangi kegiatan itu.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata KDN meminta kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Tenaga Nasional Berhad (TNB), pihak berkuasa air dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memainkan peranan dalam membanteras kegiatan itu.

Katanya masyarakat sering menyalahkan PDRM dalam hal demikian, sedangkan pasukan itu tidak lari daripada menjalankan tanggungjawab kerana dalam memberi lesen kepada pemilik pusat hiburan keluarga ia di bawah bidang kuasa PBT.

"KDN minta PBT menarik balik dan tidak keluarkan lesen-lesen baru kepada pihak yang membuka pusat hiburan keluarga ini, kita minta TNB potong bekalan elektrik, pihak berkuasa air mesti memotong bekalan air dan pihak SKMM mesti ambil tindakan ikut proses undang-undang sedia ada," katanya.

"Polis umpamanya telah melakukan operasi dadu khas yang menumpukan kepada rampasan mesin-mesin perjudian, untuk menentukan supaya mesin-mesin berkenaan dirampas dan perundangan dilakukan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini pihaknya telah menyerbu 9,358 pusat perjudian haram berbanding 1,584 tahun lepas.

"Sebanyak 4,728 kertas siasatan telah dibuka manakala 657 kes telah dituduh mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka dan 504 kes telah dituduh di bawah Seksyen 5(2) Enakmen Hiburan dan 3,001 kes lagi masih dalam siasatan," katanya.
Tags / Kata Kunci: judi haram , PDRM

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan