Gelandangan: Nurul Izzah Ajak Ku Nan Sertai Soup Kitchen

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipelawa menyertai program amal Soup Kitchen yang bertujuan memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Pelawaan tersebut dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar supaya Menteri Wilayah Persekutuan itu lebih memahami nasib golongan gelandangan di negara ini.


Nurul Izzah Anwar

"Jika Tengku Adnan tidak mampu untuk cuba hidup seperti orang gelandangan sebanyak tiga hari dalam usaha untuk memahami akan kesusahan golongan terpinggir itu, sekurang-kurangnya hadirlah sekali bersama dalam sesi sumbangan salah sebuah NGO Soup Kitchen sebelum memberi kata putus.

"Saya menjemput menteri untuk bersama dengan salah sebuah NGO Soup Kitchen yang akan beroperasi malam esok," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada arahan terbaharu Tengku Adnan bahawa aktiviti Soup Kitchen tidak dibenarkan beroperasi di sekitar 2 kilometer radius dari Lot 10, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar berkuatkuasa serta-merta.

Halangan terhadap sumbangan Soup Kitchen itu dilihat sebagai rentetan kepada pengumuman Tengku Adnan sebelum ini mengenai hasrat kerajaan untuk mengetatkan undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.

Sementara itu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan seharusnya mengambil kira keperluan golongan gelandangan sebelum sebarang keputusan drastik dibuat.

"Satu kajian menyeluruh harus dibuat yang melibatkan semua agensi terbabit dan NGO-NGO yang berpengalaman dalam membantu isu peminta sedekah dan gelandangan agar punca utama masalah ini dikenalpasti dan suatu langkah proaktif dapat dikenalpasti.

"Suatu dasar yang lebih bersifat memandang ke hadapan dan bukan menghukum semata-mata perlu dirangka bagi mencari penyelesaian terhadap isu peminta sedekah dan gelandangan dapat diselesaikan dengan sepenuhnya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan