Nazir Razak Dilantik Anggota Lembaga Pengarah Khazanah

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 8:19 PM

Nazir Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Tun Razak telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd berkuatkuasa 1 September depan.

Nazir kini adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB.

Sejajar dengan pelan transisi kepemimpinan Kumpulan CIMB sebagaimana diumumkan CIMB awal hari ini, beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan menjadi Pengerusi Kumpulan CIMB pada 1 September nanti.

Dalam satu kenyataan di sini, Khazanah berkata, Nazir mempunyai kerjaya 25 tahun yang cemerlang dalam kumpulan berkenaan.

Beliau menyertai jabatan kewangan korporat CIMB Investment Bank pada 1989, kata badan pelaburan kerajaan itu.

Pada 1993 Nazir dipindahkan ke cabang pembrokeran saham kumpulan di mana beliau kemudiannya menjadi Pengarah Eksekutif sebelum kembali ke CIMB Investment Bank sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada 1 Jun 1996. 

Beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Investment Bank pada 1 Jun 1999 dan telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan selama lebih 15 tahun. 

Di bawah kepemimpinannya, CIMB berubah menjadi peneraju bank universal Asean berikutan beberapa siri pengambilalihan bank di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. 

Di samping menjadi anggota lembaga pengarah pelbagai syarikat Kumpulan CIMB, Nazir ialah anggota panel pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pengerusi Jawatankuasa Risiko Panel Pelaburan.

Beliau juga pemegang amanah Yayasan Rahah, Pengerusi Bersama Kelab Perniagaan Asean dan pengarah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Endeavour (Malaysia) dan MEPS. 

Nazir adalah graduan Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Bristol dan mempunyai Sarjana Falsafah dari Universiti Cambridge. 

Pada 2010 beliau berkhidmat sebagai Felo Chevening di Pusat Pengajian Islam Oxford. 

Khazanah adalah dana pelaburan strategik kerajaan Malaysia yang diamanahkan bagi memegang dan menguruskan aset komersil kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik.

Khazanah terbabit dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, perbankan, penjagaan kesihatan, pengurusan lapangan terbang, pembangunan hartanah, penyiaran dan pegangan pelaburan dan teknologi.
Tags / Kata Kunci: Nazir Razak , CIMB , Khazanah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan