Kegiatan Militan Tidak Boleh Ditafsir Jihad, Berdosa

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 9:20 PM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbuatan mencederakan saudara sesama Islam termasuk melalui kegiatan militan tidak boleh ditafsir sebagai jihad kerana tindakan itu bercanggah dengan ajaran Islam dan hukumnya berdosa.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin turut meluahkan rasa kesal kerana ada rakyat Malaysia yang mudah terpesong dengan maksud jihad sehingga sanggup menggadai nyawa untuk memusnahkan negara Islam lain dan mencederakan umat Islam di negara itu. 

"Kalau kita pergi berjihad mempertahankan agama kita itu baru jihad, tapi kalau kita pergi berjihad dan berperang sesama saudara Islam itu yang salah.

"Ramai yang menyalah erti fahaman jihad itu sendiri, malah kita tidak pasti peperangan itu bertujuan untuk apa," katanya kepada Bernama, Khamis.

Beliau juga melihat campur tangan rakyat Malaysia dalam perjuangan militan di negara bergolak terbabit sebagai tidak perlu kerana negara berkenaan adalah negara berdaulat dan pertikaian boleh diselesaikan tanpa pertumpahan darah.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan nama lima lagi rakyat Malaysia yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan dan kini bersembunyi di selatan Filipina.

Tiga daripada mereka dipercayai terbabit merekrut serta mengatur pergerakan anggota dari Malaysia ke Syria bagi menyertai perjuangan pertubuhan militan di sana. 

Sejak 28 April lalu, polis menahan 19 orang yang dipercayai terbabit dalam rangkaian militan di Syria dan selatan Filipina.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata sebaiknya rakyat Malaysia cuba membantu menyelesaikan konflik di negara berkenaan secara aman.

"Kita seharusnya menolong mengislahkan mereka, membaikpulihkan keadaan, bukannya kita kena sokong mana-mana pihak dan mengeruhkan lagi suasana dengan berperang," katanya.

Ditanya mengenai ideologi militan terbabit adalah untuk memerangi pengikut ajaran Syiah, beliau berkata penganut fahaman Syiah masih dalam kelompok Islam cuma mereka bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Waljamaah.

Mengenai kemungkinan Malaysia mengeluarkan fatwa rasmi berhubung pembabitan umat Islam negara ini dalam kegiatan militan di luar negara, beliau berkata perkara tersebut belum dibincangkan.

Abdul Shukor turut menyarankan kepada umat Islam yang mahu berjihad agar menyertai perjuangan yang lebih jelas seperti di Palestin dan jihad itu bukan dari segi tenaga tetapi juga bantuan kewangan.
Tags / Kata Kunci: militan , jihad , majlis fatwa

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan