Saya Dikelirukan Dalam Kes Diplomat Malaysia - McCully

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 2:44 PM

Muhammad Rizalman Ismail.

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Menteri Luar New Zealand,  Murray McCully berkata pegawainya sendiri mengeliru beliau mengenai perbincangan dengan rakan sejawatan di Kuala Lumpur berhubung nasib seorang diplomat Malaysia yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual ke atas seorang wanita di Wellington.

Tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail menggemparkan dunia selepas beliau meninggalkan New Zealand menggunakan kekebalan diplomatik.

Tindakan tersebut turut dikritik Perdana Menteri, John Key.

Malaysia pada Rabu bersetuju untuk menghantar semula Muhammad Rizalman ke Wellington tetapi pegawai di New Zealand dimalukan dengan pendedahan bahawa mereka yang membenarkan tertuduh meninggalkan negara itu.

"Jika anda fikir saya teruja mengenai prestasi kementerian mengenai perkara ini, anda sebenarnya tersilap," kata McCully kepada Radio New Zealand.

Muhammad Rizalman dihadapkan di sebuah mahkamah di New Zealand pada 10 Mei dan didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual ke atas seorang wanita di Wellington pada hari sebelumnya.

Namun, McCully pada minggu ini mendedahkan bahawa tertuduh bertindak begitu kerana menerima tawaran daripada pegawai kementerian terbabit ketika perbincangan tidak rasmi untuk menyelesaikan kes tersebut.

McCully berkata, beliau dan Perdana Menteri tidak dimaklumkan mengenai perbincangan tersebut apabila mereka mengkritik negara diplomat berkenaan.

Katanya, pilihan menghantar Muhammad Rizalman pulang tidak sepatutnya dibincangkan dan beliau akan meneliti dalang disebalik salah faham itu.

"Saya berhasrat untuk melihat perkara ini diikuti dan mereka yang bertanggungjawab akan tidak akan terlepas," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan