MB Terengganu Ziarah Hadi Awang

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 8:29 PM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menziarah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru dibenarkan keluar hospital semalam di kediaman saudara Abdul Hadi di Sentul Kuala Lumpur, pada Khamis.

Ahmad Razif bersama isteri Toh Puan Halina Zakaria meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang. 

"Saya gembira melihat beliau sudah kembali ceria dan bertenaga...saya berharap agar beliau cepat sembuh dan kembali bertugas," kata Ahmad Razif dalam kenyataan kepada media di sini.

Pada 30 Mei lalu, Abdul Hadi yang dalam rangka lawatan di Turki terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Medipol Hastansi di Istanbul, selepas beliau mengadu sesak nafas.

Abdul Hadi yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang pulang ke tanah air pada 18 Jun lalu dan mendapatkan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN)sehingga semalam. Beliau dijangka balik ke Terengganu Sabtu ini.

Pada 29 Jun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menziarah presiden PAS itu di IJN.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan