Gagal Tangani Kes Serangan Seksual, Allen Tawar Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 12:32 PM

John Allen.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Eksekutif Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan (MFAT), John Allen menawarkan diri untuk meletak jawatan daripada kementerian itu kerana gagal menangani kes serangan seksual membabitkan seorang diplomat Malaysia dengan baik, laporan New Zealand Herald.

Menteri Luar Australia, Murray McCully bagaimanapun dilaporkan menolak permintaan tersebut.

Namun menurut laporan tersebut, beliau berang dengan kesilapan para pegawainya dalam menangani kes tersebut sehingga menjejaskan namanya dan Perdana Menteri John Key.

Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail, yang didakwa melakukan serangan seksual dan pecah rumah di New Zealand meninggalkan negara itu selepas didakwa cuba merogol seorang wanita di Wellington.

Allen mendedahkan beliau tidak mengetahui sebarang tuduhan terhadap Rizalman sehingga Jumaat, tujuh minggu selepas polis menahan tertuduh.

Salah faham dalam kementerian adalah jelas kerana McCully juga tidak menyedari Rizalman meninggalkan New Zealand dengan menggunakan kekebalan diplomatik sehingga tarikh tersebut.

McCully memohon maaf kepada Key dan wanita berusia 21 tahun yang mendakwa diserang oleh Rizalman.

Pegawai kementerian terbabit turut memberi pelbagai mesej kepada pegawai Malaysia sehingga menyebabkan mereka mempercayai New Zealand bersetuju untuk menghantar balik Rizalman ke Malaysia.

Dalam rundingan rasmi antara wakil kedua-dua negara, kementerian menegaskan mereka mahu Malaysia mengetepikan kekebalan diplomatik Rizalman supaya tertuduh boleh dibicarakan atas dakwaan pecah rumah dan cubaan merogol di New Zealand.

Bagaimanapun, perbincangan tidak rasmi yang dijalankan melalui e-mel dan panggilan telefon antara pegawai-pegawai peringkat pertengahan membawa kepada pendirian yang 'semakin tidak jelas' terhadap tertuduh.

Hasilnya, Malaysia membuat kesimpulan bahawa adalah wajar bagi New Zealand untuk membenarkan Rizalman pulang ke tanah air untuk dibicarakan berbanding berhadapan dakwaan itu di negara berkenaan, bercanggah dengan kenyataan Key.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan