Ujian Integriti Bagi Pengambilan Baharu Polis

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 6:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan kaedah ujian pengukuran tahap integriti mulai bulan ini dalam proses pengambilan rekrut baharu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata a kaedah 'Malaysian Integrity Test' (MIT) itu akan diguna pakai untuk memastikan tapisan menyeluruh integriti ke arah meningkatkan tahap profesionalisme polis.

"Ia juga boleh digunakan untuk mengukur nilai kerja, pandangan positif, sosial, tingkah laku langsung dan etika seseorang pegawai," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sijil kepada sembilan pegawai Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM yang telah lulus ujian MIT itu.

Menurut Khalid, kaedah ujian integriti itu kini diguna pakai oleh lebih 20 negara meliputi pelbagai sektor termasuk untuk tujuan pengambilan pekerja baharu, latihan, pembangunan, pengurusan kecemerlangan dan hubungan pekerja.

"Ia juga telah diiktiraf oleh badan-badan persijilan antarabangsa," katanya, sambil menambah usaha pencegahan rasuah perlu diperkukuh termasuk dari aspek psikologi dan sosiologi.

Bercakap pada sidang media kemudian, Khalid berkata polis akan terus meningkatkan kerjasama perkongsian maklumat perisikan dengan agensi keselamatan luar negara bagi membanteras kegiatan militan melibatkan rakyat Malaysia.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa dalam soal keganasan, insya-Allah, kami mampu berupaya menangani situasi ini. Tindakan kita mengumpul maklumat dan mengesan mereka ini adalah berterusan," katanya.

Pada Rabu, Khalid mendedahkan identiti lima warga Malaysia termasuk seorang bekas pensyarah Universiti Malaya yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kegiatan militan.

"Saya mohon kerjasama anggota masyarakat yang tahu di mana mereka sekarang supaya melaporkan kepada polis. Ini kerana mereka ialah individu berbahaya," katanya.

Dalam pada itu, Khalid menolak andaian bahawa polis berdiam diri dalam soal menangani kegiatan mesin judi haram di negara ini.

"Siapa cakap kita tidak ambil tindakan. Untuk makluman semua, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, tindakan merampas mesin judi meningkat sehingga 35 peratus," tegasnya.


Tags / Kata Kunci: Polis

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan