Felixia Yeap Tidak Benar Liputan Media Majlis Peluk Islam - Berita Semasa | mStar

Felixia Yeap Tidak Benar Liputan Media Majlis Peluk Islam

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 12:44 PM

Felixia Yeap 1
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Model berbangsa Cina, Felixia Yeap tidak membenarkan sebarang liputan media atau publisiti mengenai majlis pengislamannya yang dijangka diadakan pada Khamis.

Enggan mendedahkan lokasi dan masa dia akan memeluk Islam, Felixia, 28, mahu semua pihak khususnya golongan media menghormati niatnya untuk berhijrah.

"Benar saya akan mengucap kalimah syahadah hari ini. Tapi biarlah lokasi dan masanya menjadi hak peribadi saya.

"Apa yang pasti bukan di Hidayah Centre, saya tidak pernah ke sana," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Penegasan bekas model seksi beberapa majalah antarabangsa termasuk majalah lucah, Playboy itu dibuat berikutan salah faham yang timbul kononnya dia gagal muncul di pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati, Kuala Lumpur iaitu lokasi dia dikatakan akan memeluk Islam.

Sejak awal pagi Khamis, sekumpulan wakil media hadir ke lokasi berkenaan bagi merakamkan detik penghijrahan Felixia namun kecewa apabila dia tidak hadir.

"Siapa yang sebarkan berita ini? Sebarang penjelasan sila hubungi Hidayah Centre. Apa yang pasti bukan dari saya," katanya.

Pada 27 Jun lalu, Felixia mengumumkan secara rasmi untuk memeluk Islam menerusi akaun Facebooknya selepas beberapa bulan mendalami hal ehwal Islam.

Dia memilih untuk memeluk Islam pada Khamis bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahirannya hari ini yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan.

Tags / Kata Kunci: Felixia Yeap , Islam , Ramadan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan