PDRM Tekad Buru Militan

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 4:34 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertekad untuk memburu mana-mana individu atau kumpulan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan militan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan militan termasuk kumpulan Darul Islam yang berpusat di Sabah dan dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan.

Katanya PDRM memandang serius kegiatan militan ekoran beberapa siri tangkapan yang dilakukan di Kedah, Selangor, Perak dan negeri ini baru-baru ini.

"Kumpulan militan yang sedang kita pantau adalah kumpulan warga tempatan yang mendapat latihan di negara jiran, mereka kembali ke Malaysia sebelum bersedia berjihad.

"Kita memantau rapi kumpulan-kumpulan yang kita kenal pasti termasuk Darul Islam dan mengkaji tindakan susulan (penangkapan) berdasarkan peruntukan perundangan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) 2014 di sini, Khamis.

Majlis penganugerahan melibatkan 201 bekas pegawai dan anggota polis yang berkhidmat pada zaman darurat antara tahun 1948 hingga 1974.

Ia disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata PDRM perlu efisien dan bertindak berdasarkan maklumat yang cukup dan kukuh berhubung kegiatan militan dan keganasan walaupun PDRM mempunyai kemampuan risikan dan kerjasama serantau.

Jelasnya, PDRM hanya diperuntukkan 28 hari untuk menahan dan menyoal siasat suspek mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebelum pihak berkenaan dibawa ke mahkamah.


Tags / Kata Kunci: Militan , Polis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan