AirAsia Sedia Kerjasama Dengan Pengurusan Baharu MAHB - Berita Semasa | mStar

AirAsia Sedia Kerjasama Dengan Pengurusan Baharu MAHB

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 10:54 PM

Tan Sri Tony Fernandes

(Ubah saiz teks)

BANGALORE: Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, AirAsia, bersedia untuk bekerjasama dengan pengurusan baharu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata pengurusan MAHB berminat bekerjasama untuk membangunkan lebih banyak perniagaan dengan AirAsia dari segi membangunkan lapangan terbang. 

MAHB baru-baru ini melantik Datuk Badlisham Ghazali, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia, sebagai pengarah urusan baharunya. 

Dari segi cukai lapangan terbang di Malaysia, beliau berkata terdapat lebih ramai orang menggunakan pengangkutan udara di Malaysia berbanding di India kerana cukai lapangan terbang yang rendah. 

"Keadaan Malaysia adalah satu kejayaan kerana cukai," katanya pada taklimat media selepas pelancaran AirAsia India, Khamis. 

Beliau berkata walaupun Malaysia mempunyai 24 juta penduduk, lebih ramai yang menggunakan pengangkutan udara berbanding di India yang mempunyai penduduk seramai satu bilion.
Tags / Kata Kunci: AirAsia , MAHB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan