Kadar Fitrah Kedah Kekal RM7

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 1:00 AM

Rukun Islam yang wajib ditunaikan untuk manfaat golongan kurang berkemampuan. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kadar zakat fitrah bagi negeri Kedah tahun ini kekal RM7 seperti tahun lepas, kata Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob.


Beliau berkata, 3,017 orang amil telah dilantik untuk menerima bayaran di 563 buah masjid di seluruh negeri.

"Sebanyak 280 amil turut ditempatkan di 113 buah premis terpilih," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, amil akan mengeluarkan resit rasmi yang dikeluarkan Jabatan Zakat Negeri Kedah yang mempunyai tandatangan bagi mengelak penipuan pihak tertentu.

Syeikh Ghazali berkata, pihaknya turut menawarkan pembayaran zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbankan Internet terpilih.

Orang ramai boleh melayari laman web jabatan zakat www.zakatkedah.com atau menghubungi pejabat zakat bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Syeikh Ghazali berkata, pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah RM8 juta tahun ini berbanding RM7.45 juta tahun lepas dan RM6.9 juta pada 2012.

"Sasaran RM8 juta kita buat selepas melihat kesedaran orang ramai membayar zakat kepada amil yang dilantik oleh pejabat zakat. Amil kita pun bertambah setiap tahun dan kita ada pelbagai medium untuk bayar zakat," katanya.

Sementara beliau berkata, kutipan pelbagai jenis zakat dari 1 Jan hingga 30 Jun tahun ini ialah RM62 juta berbanding RM45 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, bantuan yang diberikan kepada golongan miskin dari Januari hingga Jun tahun ini ialah sebanyak RM12.5 juta melibatkan 20,991 orang.



iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan