Golongan Kurang Bernasib Tidak Dilupakan Sempena Ramadan

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 12:00 AM

Kanak-kanak Yayasan Chow Kit menikmati juadah yang disediakan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bersedekah dan membantu golongan kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan ini adalah perkara yang amat dituntut oleh Islam.

Justeru itu, setiap kali menjelang bulan penuh berkat ini, pelbagai pihak mengambil peluang menganjurkan aktiviti kebajikan dan program meraikan anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal.


Sememangnya, aktiviti seumpama itu akan dapat meringankan beban golongan kurang bernasib baik. 

Ini kerana, mereka juga sebenarnya berhak menikmati kegembiraan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri seperti orang lain.

TERUJA.. Kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan.

Baru-baru ini, seramai 40 orang kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 15 tahun dari Yayasan Chow Kit dirai dalam suasana sederhana tetapi meriah pada majlis berbuka puasa anjuran Westin Hotel Kuala Lumpur.

Ini merupakan tahun kedua Westin Hotel menjemput kanak-kanak tersebut ke sini.

Kanak-kanak tersebut ternyata gembira dan tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan.

Sementara itu, hotel tersebut turut mengagihkan sebanyak 100 bungkusan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya yang melalui Jalan Bukit Bintang.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan