Seri Malaysia Rai Warga Emas, Anak Yatim Pada Majlis Iftar

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 12:02 AM

Hotel Seri Malaysia Alor Setar, Kedah.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 20 warga emas dari Rumah Seri Kenangan Bedong dan 20 anak yatim penghuni Rumah Gemilang Kampung Banggol Dedap, Sik diraikan dalam majlis berbuka di Hotel Seri Malaysia di sini malam Selasa.


Seorang warga emas, Hassan Abd. Kadir, 61, berkata, dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana sudi menjemput dan meraikan mereka bersama dalam majlis itu.

"Saya bersyukur dan gembira kerana dapat bersama-sama dalam majlis ini dan dapat bersama serta mengeratkan lagi hubungan dengan rakan-rakan yang lain," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, seorang anak yatim yang turut hadir pada majlis itu, Haikal Zamri, 13, turut melahirkan rasa gembira dan seronok selain bersyukur kerana banyak pihak prihatin dengan golongan seperti mereka.

Selain majlis berbuka puasa, mereka turut diberi sumbangan berbentuk cenderahati daripada pihak hotel yang menganjurkan program itu khusus untuk mereka.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan