Najib Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama Selepas Pertambahan Menteri

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 11:26 AM

Najib

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama selepas pertambahan tiga anggotanya minggu lalu.


Ketiga-tiga menteri yang baru dilantik itu hadir iaitu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Datuk Mah Siew Keong.

Mesyuarat bermula kira-kira pukul 9.45 pagi di Bangunan Perdana Putra di sini pada Rabu.

Ia merupakan mesyuarat Kabinet pertama bagi Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA dan Siew Keong merangkap Presiden Gerakan, tetapi tidak asing bagi Tiong Lai selaku Presiden MCA yang pernah memegang jawatan menteri kesihatan pada 2008 sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lepas.

Turut dilantik minggu lalu ialah tiga naib presiden MCA iaitu Datuk Lee Chee Leong memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kemasukan wakil MCA dan Gerakan dalam barisan Kabinet itu adalah bagi mengukuhkan konsep perkongsian kuasa dalam pentadbiran negara yang melibatkan semua kaum.

Tags / Kata Kunci: Kabinet , Menteri Pengangkutan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan