NGO Gesa Lima Pengkritik Khalid Tutup Mulut

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 10:35 PM

Mazli Saring (kiri) bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa lima pemimpin PKR yang dipilih rakyat supaya 'menutup mulut' mereka dan berhenti meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Pakatan Anak-anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) juga melabel lima pemimpin itu sebagai 'budak nakal' atau orang suruhan pesaingan Khalid iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Kumpulan pakatan itu yang sealiran dengan kem Khalid berkata lima pemimpin PKR itu adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, Adun Sri Muda Suhaimi Shafie, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Batu Caves Amirudin Shari. 


Presiden Pasmeb Mazli Saring berkata kelima-lima mereka ini tidak seharusnya terus mengecam Khalid dan mencetuskan huru-hara dalam politik di negeri ini.

"Nampak seolah-olah dalam tempoh setiap dua hari, salah seorang daripada mereka akan membuat satu kenyataan media untuk menjatuhkan Khalid.

"Mereka bukannya berasal dari Selangor," katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA2 di sini Rabu.

Mazli yang juga bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Selangor, berkata walaupun menjadi wakil yang dipilih di negeri ini, tetapi Rafizi berasal dari Terengganu, Abdullah Sani dan Suhaimi dari Perak manakala Amirudin dari Johor.

Malah, katanya, Shamsul, dari Melaka, yang bukan merupakan wakil yang dipilih di negeri ini juga tetap mahu campur tangan dalam isu-isu di sini.

"Rakyat Selangor mengundi untuk pemimpin mereka, jadi mereka perlu memberi khidmat kepada rakyat dan bukannya tidak habis-habis mencanangkan supaya Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar," kata Mazli. 

Beliau menggesa kepimpinan PKR mengambil tindakan tatatertib terhadap kelima-lima mereka memandangkan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada ahli untuk tidak menyerang pemimpin mereka.

Mazli, yang baru pulang dari Sabah juga berkata Khalid mendapat sokongan besar daripada ahli-ahli dari empat Cabang parti di negeri ini semasa pemilihan PKR baru-baru ini di sana. 

"Khalid mendapat sejumlah 2,069 undi berbanding Azmin 326 undi untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan yang diadakan di Cabang Pensiangan, Keningau, Tenom dan Papar," katanya. 

Khalid bersaing dengan Azmin dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti.
Tags / Kata Kunci: Pasmeb

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan