Kampung Boy Jadi Bahan Bantu Mengajar Universiti Jepun

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 3:07 PM

Kampung Boy karya Lat.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Novel grafik 'Kampung Boy' karya Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat, dalam edisi bahasa Jepun akan dijadikan bahan membantu mengajar pelajar pengajian Asia Tenggara di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), institusi pengajian tinggi tertua di negara matahari terbit ini.


Kampung Boy diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama TUFS Press, Tokyo iaitu syarikat yang turut bertanggungjawab terhadap pemasarannya di Jepun.

"Ia akan menjadi bahan bantu mengajar yang sangat menarik kerana masyarakat dunia 50 tahun yang lepas, pernah melalui kehidupan yang serupa seperti yang ditonjolkan dalam Kampung Boy.

"Budaya yang dipaparkan dalam Kampung Boy merupakan kehidupan yang sangat dekat dengan alam semula jadi yang serupa seperti kebanyakan masyarakat di dunia," kata Lat kepada pemberita di sini, Rabu.

Edisi itu dilancarkan serentak dengan perasmian Pavilion Malaysia pada Pesta Buku Antarabangsa Tokyo Ke-21 (PBAT21) di Tokyo Big Sight yang pamerannya berlangsung selama empat hari sehingga 5 Julai ini.

Lat berkata, terbitan Kampung Boy adalah hasil terjemahan semula pensyarah bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia, Hieda Natsue dan kemudian disunting pensyarah TUFS, Prof Madya Soda Naoki.

Edisi pertama diterbitkan syarikat Shonbunsha Ltd pada 1984 yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Jepun.

Sebagai Negara Tema yang kesembilan pada PBAT21, Pavilion Malaysia turut menerima kunjungan anggota kerabat diraja Jepun Puteri Mako yang mewakili bapa beliau Putera Akishino yang juga merupakan Presiden Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (PBAT).

Terdahulu, baginda merasmikan PBAT21 dengan kesemua 25 ketua delegasi turut memotong riben.

Malaysia diwakili Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron dan Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Malaysia di Jepun, Hendy Assan.

Turut hadir pada majlis perasmian, ialah Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, Noor Azlan Abu Bakar.

Penyertaan Malaysia buat kali keempat di PBAT adalah hasil kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan membawa 1,500 judul buku menerusi 20 penerbit.

Turut ditonjolkan persembahan mak yong dan wayang kulit.

Mohd Khair selaku ketua delegasi berkata, kerjasama dalam penerbitan Kampung Boy merupakan antara hasil strategik penyertaan Malaysia di PBAT selama tiga tahun sebelum ini.

"Ini merupakan perkongsian intelektual dua negara yang bakal menguntungkan kedua-dua pihak khususnya dalam menyokong perkembangan bahasa Jepun dan tamadun Asia Tenggara," katanya.

Ketua Editor TUFS Press, Prof Iwasaki Minuro pula berkata, pemilihan Kampung Boy dalam kerjasama itu adalah disebabkan idea serta jalan ceritanya yang diterjemah dan diterbit dalam 12 bahasa dunia.

Beliau berkata, ia bukan sahaja sesuai untuk tujuan pembelajaran tetapi juga sebagai dokumen sosial masyarakat yang sekali gus menjelaskan bagaimana ia mampu membina pasaran di pelbagai negara antaranya Perancis, Belanda, Jerman, Korea dan Amerika.

"Menerusi Kampung Boy, kita dapat mengimbas kembali kenangan di masa lampau. Saya percaya masyarakat Jepun dapat memahami cerita yang disampaikan menerusi Kampung Boy," katanya.



Tags / Kata Kunci: Kampung Boy , Lat , ITBM , Jepun

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan