Kerajaan Tidak Akan Gubal Undang-Undang Yang Gugat Keharmonian Negara

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 10:02 AM

Nancy Shukri.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menggubal sesuatu undang-undang yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak akan melakukan sesuatu secara tergesa-gesa dan menafikan bahawa Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional telah siap dan akan dibentang kerajaan di Parlimen.

Nancy berkata, sesuatu draf rang undang-undang perlulah melalui proses penggubalan yang ketat, dan isi kandungannya hendaklah tidak bercanggah dengan undang-undang tertinggi di negara ini iaitu Perlembagaan Persekutuan.

"Pada masa ini, saya sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan demi kepentingan rakyat Malaysia, adalah wajar isu ini diperjelas sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jawatankuasa Perundangan dan Dasar-Dasar Mempromosi Keharmonian Nasional di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara sudah menyerahkan tiga draf rang undang-undang berkaitan kepada Nancy untuk diteliti.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan