Alam Flora Ambil Alih Urusan Sisa Pepejal Di Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Alam Flora Sdn Bhd diberi tanggungjawab menguruskan sisa pepejal di Kelantan berikutan kerajaan negeri itu menerima pakai pelaksanaan Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata syarikat itu akan mengambil alih pengurusan sisa pepejal yang sebelum ini dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Alam Flora akan mengambil alih semua pengurusan berkaitan kutipan sampah dan pembersihan awam di kawasan yang telah dipersetujui bersama dengan pihak berkuasa tempatan di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (Exco) di Kompleks Kota Darul Naim di sini, pada Rabu.

Abdul Fattah berkata peringkat pertama pelaksanaan akan melibatkan kawasan di bawah Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Bachok.

Berdasarkan kajian dan keperluan semasa, syarikat berkenaan memerlukan lebih 800 kakitangan dalam pengurusan sisa pepejal di Kelantan dan dengan perkembangan itu, Syarikat Alam Flora dijangka menggaji lebih ramai petugas kerana kakitangan MPKB-BRI kini, hanya 500 orang, katanya.

Abdul Fattah berkata bagaimanapun Syarikat Alam Flora akan memberi pilihan kepada kakitangan MPKB-BRI sama ada mereka mahu kekal bersama majlis perbandaran itu atau berkerja dengan syarikat berkenaan.

"Mengikut perbincangan awal, Alam Flora akan memulakan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal seminggu sebelum Aidilfitri hujung bulan ini.

"Bagaimanapun berikutan peningkatan jumlah sisa pepejal tiga kali ganda sejak tiga hari lalu, kerajaan negeri akan berbincang dengan syarikat itu untuk memulakan kerja lebih awal," katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri turut bersetuju untuk meluluskan permohonan MPKB-BRI bagi membina sebuah masjid baharu bernilai RM5.5 juta di tapak seluas 0.72 hektar berhampiran Terminal Bas Lembah Sireh di sini.

Pembinaan masjid terbabit yang boleh menampung lebih 1,000 jemaah pada satu masa adalah bagi memenuhi keperluan di kawasan itu, katanya.


Tags / Kata Kunci: Alam Flora

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan