UPNM Urus Sendiri Pengambilan Pelajar Awam

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengambilan pelajar awam untuk mengikuti Program Asasi dan Ijazah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan diuruskan sendiri universiti berkenaan, mulai tahun ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata sebelum ini pengambilan pelajar awam diuruskan Unit Pengambilan Universiti (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi.

Katanya, pelajar yang memilih ke universiti itu, bukan sahaja perlu mempunyai tahap intelektual yang tinggi malah kekuatan fizikal, mental dan kesihatan yang cemerlang.

"Selepas mereka (pelajar awam) melalui saringan fizikal, ketahanan dan ujian psikologikal, mereka akan dimasukkan dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan akan menjadi pegawai tentera setelah tamat pengajian.

"Pemilihan itu berteraskan modul yang digunakan oleh Cawangan Tenaga Kerja (CTK), Kementerian Pertahanan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Minggu Orientasi Siswa Program Asasi Pertahanan Sesi Akademik 2014/2015 UPNM di sini, Selasa.

Majlis dirasmikan Naib Canselor UPNM Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Selain itu, Mohamed Fadzil berkata UPNM turut memperkenalkan Program Tunas Wira selama enam minggu bagi mendedahkan pelajar mengenai latihan ala ketenteraan supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih matang dalam aspek pembangunan kerjaya.

Sebanyak 546 pelajar terdiri 480 pelajar kadet dan 66 pelajar awam mengikuti empat program di UPNM bagi sesi 2014/2015 iaitu Asasi Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Pertahanan dan Perubatan.


Tags / Kata Kunci: UPNM

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan