Hotel TH Rai 50 Anak Yatim Darul Hilmi Berbuka Puasa

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 12:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Hotel Tabung Haji di sini meraikan 50 anak yatim dari Rumah Darul Hilmi, termasuk anak golongan miskin dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di sini dalam majlis berbuka puasa di hotel itu malam Isnin.

 

Pengurus Besarnya, Engku Morris Engku Hussin berkata, Program Sinar Ramadan itu dianjurkan untuk memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik merasai kemeriahan Ramadan kali ini.

"Kita tahu anak-anak yatim ini terdiri daripada golongan yang kurang mendapat perhatian dalam masyarakat jadi kita pilih untuk meraikan mereka supaya merasa dihargai," katanya kepada Bernama di sini selepas majlis berbuka puasa.

Beliau berkata, anak-anak berkenaan turut menerima duit raya sebagai persediaan menyambut Syawal.

Menurut Engku Morris, orang ramai dijemput berbuka puasa secara bufet sambil beramal di Hotel Tabung Haji kerana RM1 daripada bayaran itu akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim.

"Hotel kita menyediakan 100 jenis masakan dari Timur Tengah dan tempatan termasuk air zam-zam dan menu istimewa BBQ Kibas yang didatangkan khas sepanjang berbuka puasa di mana kita tawarkan bufet berpatutan sebanyak RM65 seorang," kata Engku Morris.

Seorang anak yatim yang ditemui, Siti Safura Baharuddin, 17, berkata, peluang untuk berbuka puasa di hotel sangat dinantikan kerana dapat merasai makanan yang dianggap mewah.

"Saya gembira kerana diberikan peluang ini dan berterima kepada semua yang menyumbang," katanya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri, di sini, tahun ini.


Tags / Kata Kunci: Hotel Tabung Haji , Rumah Darul Hilmi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan