Tun Abdul Hamid Tolak Jadi Pengerusi Pengerusi MKPN, Bimbang Diperalat

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 9:25 AM

Tun Abdul Hamid Mohamad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata beliau menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN. 
 
"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.
 
"Ahli-Ahli Melayu dan Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu. 
 
"Ahli-Ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang dengan orang Melayu dan Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis," katanya.

Abdul Hamid juga mendakwa kerajaan, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) secara sengaja atau tidak, telahpun menyerahkan tugas menetapkan dasar dan menyediakan draf undang-undang iaitu 'Racial and Religious Hate Crime Bill', 'National Harmony and Reconciliation Bill' dan National Harmony and Reconciliation Commission Bill' kepada pembangkang, yang dilihat sebagai 'merampas' MKPN.

Beliau berkata jika Majlis Peguam diberi peluang berbuat demikian, badan itu akan menggubal mengikut kehendak dan kesesuaian parti-parti yang disokongnya.

Abdul Hamid turut mempersoal mengapa pembangkang, khususnya Majlis Peguam, diminta, dibenar dan dibiar menetapkan dasar dan menggubalnya sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri.

Katanya, mengikut amalan biasa, apabila kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, kerajaan (kementerian atau jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar.
 
"Selepas itu kementerian atau jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di kementerian atau jabatan itu). 
 
"Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu kementerian atau jabatan, mengapa amalan itu tidak diikuti?" katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau bukanlah menolak pembangkang dirunding mengenai rang undang-undang itu, namun janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka.
 
"Kerajaan Barisan Nasional, terutama sekali Umno dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.
 
"Pemimpin-Pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab itu," katanya. 

Bekas Ketua Hakim Negara itu turut memperjelas sebab beliau mengaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang dengan merujuk satu insiden pada majlis makan malam anjuran badan itu selepas pilihan raya umum ke-12 semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara.
 
"Majlis itu tidak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang," katanya.

Tags / Kata Kunci: MKPN , Abdul Hamid

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan