Murid Disyaki JE Kini Keluar Tahap Bahaya - Pakar

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 9:40 PM

Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang dipercayai dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) diberi rawatan di Hospital Pantai Bayan Baru Pulau Pinang. -Gambar oleh keluarga mangsa.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Muhammad Ammar Muqrish Zulkiffli, 12, yang disyaki dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) telah keluar daripada tahap bahaya dan kini dalam keadaan separa sedar.

Pakar Runding Neurologi Hospital Pantai, Dr Wong Yee Choon berkata kanak-kanak itu juga ada harapan sembuh namun pertuturan dan pergerakan anggota badannya dijangka terganggu secara kekal berikutan saraf otak yang terjejas akibat serangan virus JE.

"Kami menjangka pesakit ini mengalami antara 30 dan 50 peratus 'disability' berbanding keadaannya sewaktu normal dan sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin melawat kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital swasta, di sini pada Selasa.

Dr Wong berkata Muhammad Ammar Muqrish kini ditempatkan di Unit Rawatan Kritikal dan perkembangannya dipantau rapi berikutan sering diserang sawan.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di Tasek Gelugor itu koma disyaki dijangkiti virus JE dan lebih sebulan dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini.

Sementara itu Dr Afif berkata perkembangan kesihatan penduduk kampung berkenaan akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus tersebut.

Mengenai ladang ternakan babi di kawasan itu, beliau berkata pihaknya belum mempertimbangkan langkah seterusnya kerana keputusan ujian sampel darah babi di kawasan terlibat belum diketahui.

"Kami kini meningkatkan kawalan kebersihan di kawasan berkenaan di samping melakukan semburan kabus bagi menghapuskan vektor pembawa wabak itu. Selagi tiada bukti kukuh tiada tindakan boleh diambil," katanya.

Beliau berkata Kampung Selamat adalah antara kawasan penternakan babi terbesar di Pulau Pinang dan sebarang keputusan mengenainya perlu dibuat secara kolektif dengan penyertaan semua pihak termasuk Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan