Hakim Wellington Benar Dedah Identiti Diplomat Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 11:51 AM

Mahkamah Tinggi Wellington.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Tinggi Wellington telah membatalkan arahan untuk tidak didedahkan identiti diplomat Malaysia yang didakwa terlibat dengan serangan seksual terhadap wanita warga New Zealand.


Berikutan itu, sebaik sahaja mendapat kebenaran pihak kehakiman,  media New Zealand telah mengumumkan nama warga Malaysia yang memegang portfolio pertahanan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand.  

Media negara itu memaklumkan, Muhammad Rizalman Ismail adalah lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Wisma Putra turut mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu.

Menurut laporan, lelaki yang berusia 30-an itu didakwa mengikut seorang wanita berusia 21 tahun dan melakukan serangan ke atasnya pada bulan lepas.

Dia didakwa oleh polis New Zealand kerana merompak dan menyerang dengan cubaan untuk merogol, di mana setiap kesalahan itu membawa kepada hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Nama lelaki dan butiran kes itu enggan didedahkan oleh Hakim Mahkamah Daerah Wellington atas alasan bagi melindungi identiti mangsa. 

Polis New Zealand mendakwa warga Malaysia itu atas tuduhan merompak dan menyerang mangsa dengan cubaan merogol, di mana setiap kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.



Tags / Kata Kunci: identiti , diplomat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan