Hubungan M'sia - China Kukuh Disebalik Pelbagai Dugaan

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Hubungan antara Malaysia dan China terus kukuh, terutama hubungan perdagangan, walaupun pelbagai insiden berlaku akhir-akhir ini, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri berkata, hubungan antara kedua-dua negara akan terus bertambah kukuh berikutan pelbagai program telah dirancang bersama.

"Ini termasuk Program Lima Tahun Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan (yang ditandatangani pada 5 Oktober lepas bagi tempoh 2013 hingga 2017), iaitu satu jalinan kukuh menjadikan negara ini sebagai rakan perdagangan terbesar China di kalangan negara Asean," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.

Abdul Rahman ingin tahu mengenai impak hubungan dua hala Malaysia-China selepas kehilangan pesawat MH370 dan penculikan yang melibatkan warga China di Sabah.

"Oleh itu, insiden seperti kehilangan pesawat MH370 dan penculikan pelancong China di Sabah tidak mengganggu hubungan yang telah terjalin. Namun kita masih memantau sebarang keadaan dagangan akibat daripada peristiwa terbabit," katanya.

Menjawab soalan asal Abdul Rahman mengenai kemajuan hubungan dua hala dengan China, Korea dan Jepun dalam ekonomi serta imbangan dagangan, Hamim berkata, China adalah rakan dagang utama Malaysia dengan nilai dagangan mencecah RM203.3 bilion pada tahun lepas.

"Manakala Jepun dan Korea adalah rakan dagang Malaysia yang ketiga dan ketujuh terbesar dengan nila dagangan masing-masing RM136.1 bilion dan RM56.9 bilion.

"Peratusan dagangan Malaysia dengan ketiga-tiga negara itu adalah sebanyak 28.9 peratus daripada keseluruhan nilai dagangan global Malaysia," katanya.

Beliau berkata, nilai eksport negara telah meningkat sebanyak 9.2 peratus kepada RM96.9 bilion bagi China, dan tiga peratus bagi Korea iaitu kepada RM26.13 billion bagi Korea pada 2013 berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Hamim berkata, eksport negara menurun sebanyak 4.4 peratus kepada RM79.75 bilion bagi Jepun disebabkan pengurangan permintaan bagi n 2013 berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, dari 2009 hingga 2013, Malaysia mencatatkan jumlah lebihan dagangan dengan negara China dan Jepun, yang masing-masing bernilai RM23.5 bilion dan RM56.7 bilion.

"Manakala kurangan dagangan bernilai RM5 bilion telah dicatatkan dengan Korea disebabkan nilai import melebihi eksport yang berlaku pada 2010 dan 2013," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Malaysia , China

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan