Isu Air Di Selangor Serius, Jangan Politikkan - Hannah Yeoh

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 1:42 PM

Hannah Yeoh

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh berkata, isu air di Selangor tidak seharusnya dipolitikkan walaupun ia satu masalah serius di negeri ini.

Katanya, semua pihak kini perlu mencari jalan penyelesaian, termasuk Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang perlu memastikan ia tidak lagi menjadi permainan politik.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memberi jaminan bahawa air mentah mencukupi, tetapi persoalannya sekarang yang terganggu adalah air terawat yang dibekalkan Syabas.

"Selain kerajaan negeri, saya rasa Syabas juga perlu mainkan peranan  untuk pastikan tiada unsur sabotaj dalam usaha menangani isu ini," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan laluan trek basikal di USJ 4 di sini, Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya ini berkata, walaupun isu air mengganggu kehidupan seharian penduduk di Selangor, namun mereka sudah matang untuk membuat penilaian.

"Sudah lima atau enam tahun isu air tak berjaya dijadikan isu politik...penduduk di Selangor sudah matang.

"Ia bukan isu baharu. Ramai orang telah menyuarakan pendapat mereka," katanya.

Namun, Hannah berkata, ini tidak bermaksud wakil rakyat di Selangor perlu berdiam diri tanpa menyuarakan pandangan, termasuk pemimpin DAP negeri.

Katanya, beliau sendiri telah meluluskan usul tergempar oleh Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias untuk membincangkan mengenai catuan air yang akan diteruskan atau tidak dalam sidang DUN terdahulu.

"Sebagai wakil rakyat memang perlu ada kebebasan untuk bersuara bagi pihak penduduk kerana mereka juga terima tekanan daripada penduduk," katanya.

Ditanya mengenai Ahli Parlimen, Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang dilihat lantang mengkritik menteri besar, Hannah berkata, kritikan itu mungkin sebagai salah satu cara untuk mengelakkan isu air menjadi bertambah serius.

"Tony sering memberi sokongan terhadap dasar kerajaan. Mungkin beliau merasakan isu ini serius dan kita (kerajaan negeri) tidak boleh lakukan kesilapan sebab itu beliau bersuara," beliau memberi pendapat.

Beliau juga menolak dakwaan kononnya isu air yang timbul akan menjadi salah satu alasan untuk menyingkirkan Abdul Khalid dari kerusi MB.

Mengulas mengenai  laluan trek basikal yang bakal dibina, laluan dua hala dengan jarak 2.4 kilometer sehala itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Projek di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu itu dijangka siap pada Ogos ini.


Tags / Kata Kunci: air Selangor , Hannah Yeoh

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan